Setiap pagi setiap hari laah , yayah selalu tengok tokwan yayah . Rajin dia buat ibadat sunat especially solat sunat dhuha . Jarang sekali dia tinggalkan solat dhuha . Sharp pukul 10:00 pagi mesti dah tak ada dekat dapur . Tokwan pesan , bila ada masa terluang , buatlah solat dhuha . Baik , tambah pahala , dapat murahkan rezeki . InsyaAllah .
Sebenarnya , yayah buat entri ini sekadar untuk perkongsian kita bersama . Terdetik di hati yayah nak buat entri ini . Lagipun , apa salahnya kan kalau kita add on ibadah kita dengan ibadah sunat . Mana tahu nanti dekat akhirat nanti , ibadah solat sunat dhuha yang kita buat ini dapat membantu kita di sana nanti . Betol tak ?
Okay , bukan niat untuk membebel , beri ceramah atau apa . Just for sharing . Sharing is caring , right ? :)
Solat dhuha ini , macam yang kita semua tahu , 2 rakaat jew kan , tapi sebenarnya dia boleh sampai 12 rakaat . Tapi itulah , buat yang termampu jew taw ! Em , dari pukul 8:00 pagi hingga 11:00 pagi . Niat mcm biasalah kan , "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca nii 3 kali bila sujud yang terakhir tuuh ,
Cuba ulang banyak-banyak kali , mesti cepat ingat ^_^
And ....
Bila dah selesai ....
Mestilah baca doa kan ? ;)
So ....
Baca doa ini bila dah selesai solat ....
Dalam arab , ayat-ayat dia agak panjang , mungkin payah untuk kita ingat
jadi ....
yayah bagi dalam bahasa yang senang masuk , ok ? :)
Naaah ....
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Selesai ...
Senag jew kan nak dapat pahala ?
Yayah tahu , mesti ada yang cakap ,
"Alaa , ibadah wajib aku pun belum cukup , ini nak buat solat sunat"
"Cakap memang lah senang , tapi beratlah nak buat"
Hmm , yayah faham ... kalau kita cuba perlahan-perlahan , mesti Allah akan bantu kita . Janji niat kita ikhlas untuk beribadat kepada Nya :)
Pesanan buat diri ini yang juga alpa dan lalai selalu .
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum !
Sila tinggalkan komen anda di sini -
SATU pun jaadiilaah :D