Al-Amin




Assalamualaikum ,

Sempena Maulidur Rasul nii , jom tambah ilmu tambah pahala dengan baca entri baruu yayah nii :D

Level-level dalam berselawat :-

Ada yang dah tahu tentang ini ? Kalau belum , jom baca jomm :")

1. Selawat daripada Allah kepada Nabi dan Rasul-Nya terutama Nabi Muhammad s.a.w.

Selawat ini bermakna Allah memberi rahmat kepada Rasulullah. Ini tidak pula bermakna bahawa Rasulullah itu lebih tinggi daripada Allah. Sebenarnya Allah memberi puji-pujian dan keutamaan kepada Rasulullah kerana baginda merupakan makhluk-Nya yang paling taat dan berakhlak mulia. Seperti seorang ibu memuji-muji dan terkenang-kenangkan anaknya yang begitu baik dan berbudi kepadanya. Di dalam ayat tadi, Allah memberitahu kita manusia bahawa Dia berselawat kepada Rasulullah supaya kita juga turut melakukannya. Allah juga ada memuji-muji nabi-nabi yang lain serta orang-orang yang soleh yang terdahulu daripada Nabi Muhammad di dalam [[ Al-quran]]. Allah sebenarnya mahu mengajar kita supaya memuja dan memuji orang-orang yang taat kepada-Nya, lebih daripada tokoh-tokoh negara atau personaliti-personaliti glamor yang banyak melanggar perintah-Nya.

2. Selawat daripada malaikat kepada para nabi dan rasul.

Para malaikat merupakan makhluk Allah yang sangat taat. Mereka selalu berselawat kepada para nabi dan rasul. Walaupun malaikat adalah makhluk yang suci yang diciptakan daripada cahaya, namun darjat para nabi dan rasul adalah lebih tinggi daripada mereka. Mengapa? Kerana malaikat sememangnya diciptakan tanpa nafsu (yang sering mengajak manusia melakukan kejahatan dan kemungkaran), oleh itu adalah mudah untuk mereka melakukan ketaatan yang sepenuhnya kepada Allah. Tetapi manusia diciptakan dengan nafsu. Bermakna, manusia yang boleh menundukkan nafsunya untuk melakukan taat kepada Allah adalah lebih hebat dari keseluruhan para malaikat.

3. Selawat manusia kepada Nabi Muhammad.

Selawat kita umat Muhammad kepada nabi kita merupakan permohonan kita kepada Allah supaya memberikan keutamaan dan kemuliaan kepada baginda. Dengan berselawat, kita juga mengakui kerasulannya dan mengakui kebenaran ajaran yang dibawa oleh baginda. Sebenarnya Nabi Muhammad tidak memerlukan selawat-selawat daripada kita yang memohon Allah memberi keutamaan dan kemuliaan kepada baginda. Beliau sudahpun disebut sebagai manusia dan rasul yang paling utama. Tetapi dengan berselawat, kitalah yang akan mendapat manfaatnya. Kita akan mendapat pahala dan keberkatan serta dapat mendekatkan hati kita kepada baginda.





Iye . Mungkin sukar dan mustahil untuk sesempurna Muhammad s.a.w , tapi cubalah sehampir-hampirnya dengan akhlakNya . InsyaAllah , kita sama-sama akan peroleh shafaat dariNya di akhirat kelak . InsyaAllah , renung-renungkan dan selamat menyambut Maulidur Rasul <3

Ingat lah Muhammad s.a.w bukan hanya pada hari kelahirannya tetapi ingatlah Dia pada setiap waktumu .

Ehh kejaaap , habis baca jom kejaap hayati video nii  , itu sahaja dari saya :)
Terima kasih .





Thank you for reading , dear ;]

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum !
Sila tinggalkan komen anda di sini -
SATU pun jaadiilaah :D